fb fb fb fb fb

Video kepulan asap, bunyi tembakan dari penjara Evin di Tehran tersebar

TEHRAN, 16 Oktober- Video menunjukkan kepulan asap dari penjara Evin yang menempatkan tahanan politik tersebar secara dalam talian.

Bunyi tembakan dan loceng penggera turut kedengaran menerusi video yang dikongsi pada Sabtu.

Setakat ini tiada sebarang maklum balas daripada pegawai kerajaan atau laporan daripada media negara itu berhubung rakaman tersebut.

"Tembakan boleh didengari dari Penjara Evin dan asap boleh dilihat," menurut laman sesawang aktivis 1500tasvir, yang turut berkongsi rakaman video berkenaan.

“Keluarga banduan telah berkumpul di hadapan pintu utama penjara Evin.

Saya nampak api dan asap, banyak pasukan khas dan ambulans juga ada di sini,"kata seorang saksi yang dihubungi Reuters.

(Tangkap layar video yang tersebar menunjukkan kepulan asap dari penjara Evin / Foto REUTERS)

Penjara itu, menempatkan kebanyakan tahanan yang menghadapi tuduhan keselamatan.

Ia telah lama dikritik oleh kumpulan hak asasi Barat dan telah disenarai hitam oleh kerajaan Amerika Syarikat pada 2018 kerana 'penyalahgunaan hak asasi manusia yang serius'.

Human Rights Watch telah menuduh pihak berkuasa di penjara menggunakan ancaman penyeksaan dan pemenjaraan seumur hidup serta soal siasat yang panjang dan penafian rawatan perubatan untuk tahanan.-REUTERS

Media Baharu