fb fb fb fb fb

11 orang maut dalam serangan di pusat latihan tentera Rusia, Belgorod

(Foto fail/AFP)

MOSCOW, 16 Oktober- Sekurang-kurangnya 11 orang maut dan 15 orang lagi cedera dalam serangan pengganas di pusat latihan tentera Rusia di Belgorod, daerah bersempadan dengan Ukraine.

Kementerian Pertahanan Rusia berkata serangan berlaku semasa sesi latihan tentera sukarelawan bagi misi khas ketenteraan.

Rusia melancarkan operasi ketenteraan khas di Ukraine pada akhir Februari lalu.

"Pada 15 Oktober, dua rakyat Negara-Negara Merdeka Komanwel (CIS) melakukan tindakan keganasan di kawasan latihan daerah tentera, Belgorod," lapor media tempatan.

"Serangan itu mengakibatkan 11 orang maut, manakala 15 orang lagi mengalami mengalami kecederaan dan dibawa ke fasiliti perubatan.

Kedua-dua penyerang itu "tewas dalam tembakan balas dendam", tambah kementerian itu.

CIS merupakan pakatan yang dibentuk dalam kalangan negara republik yang pernah menjadi sebahagian daripada Kesatuan Soviet.

Lebih 200,000 rakyat Rusia dikerah menyertai pasukan tentera Rusia sejak pengumuman kerahan tenaga, dibuat pada 21 September lalu.

Pengumuman itu mencetuskan bantahan dan beberapa serangan ke atas pejabat pengambilan.-AFP


(Foto dari akaun Telegram Gabenor Russia menunjukkan sebuah pencawang elektrik di bandar Belgorod, Rusia terbakar dalam insiden serangan oleh Ukraine
pada 14 Oktober 2022/AFP

Media Baharu