fb fb fb fb fb

COVID-19: China lapor lebih 1,000 kes baharu

(Foto fail/REUTERS)

BEIJING, 16 Oktober- China melaporkan 1,026 kes baharu COVID-19 pada 15 Oktober berbanding 1,364 kes dilaporkan pada Jumaat lalu.

Menurut Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan, daripada jumlah tersebut sebanyak 244 kes yang direkodkan adalah bergejala dan 782 kes adalah tidak bergejala.

Bagaimanapun, tiada kematian baharu direkodkan. Ini menjadikan kes kematian kekal sebanyak 5,226.

Setakat semalam, tanah besar China telah mengesahkan 255,773 kes yang bergejala.

Data kerajaan tempatan menunjukkan ibu kota, Beijing, melaporkan 17 kes bergejala dan tiga kes tanpa gejala, berbanding 14 kes bergejala dan tiga kes asimtomatik pada hari sebelumnya.

Sementara itu, Hab kewangan Shanghai melaporkan 28 kes tanpa gejala dan sifar, berbanding 38 kes tanpa gejala dan empat kes gejala sehari sebelumnya.

Manakala, hab teknologi selatan Shenzhen melaporkan 15 kes jangkitan COVID-19 baharu yang ditularkan secara tempatan, berbanding 36 kes pada Jumaat lalu.-REUTERS


(kakitangan kesihatan melakukan ujian swab untuk penduduk di Shanghai/REUTERS)

Media Baharu