fb fb fb fb fb

Udara di New Delhi tercemar 50 kali ganda lebih teruk

Foto AFP

NEW DELHI, 13 November- Penduduk di New Delhi, India bergelut dalam jerebu toksik tebal pada Rabu, dengan pencemaran udara yang semakin buruk mencecah lebih 50 kali ganda daripada tahap maksimum harian yang disyorkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Ramai penduduk kota tidak mampu membeli penapis udara, malah tidak memiliki rumah yang boleh mereka tutup rapat daripada udara busuk yang menyelimuti kawasan tersebut, selain menjadi faktor ribuan kematian pramatang.

Setiap tahun, suhu yang lebih sejuk serta angin yang perlahan memerangkap pencemar udara berbahaya dari pertengahan Oktober hingga sekurang-kurangnya Januari.

Menurut firma pemantauan, IQ Air memaklumkan tahap pencemaran di beberapa kawasan yang mempunyai populasi lebih 30 juta ini, berada pada tahap berbahaya, mencecah 806 mikrogram per meter padu.

Angka tersebut adalah lebih 53 kali ganda tahap maksimum harian yang disyorkan oleh WHO untuk zarah halus atau PM2.5, zarah halus berbahaya yang boleh menyebabkan kanser dan memasuki aliran darah melalui paru-paru.

Bikramjeet Singh, 25 tahun, seorang pengurus keselamatan kesihatan persekitaran yang bertugas di sekitar jalanan berkata bernafas di Delhi seperti "merokok" dan dia bimbang akan kesihatan mereka yang menghidap asma.

“Warga emas sukar bernafas,” katanya.

Setiap tahun, kota itu diselimuti jerebu terutama disebabkan pembakaran sisa tanaman oleh petani di wilayah berdekatan selain daripada asap kilang dan kenderaan.- AFP

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM