fb fb fb fb fb

Ubat baru kanser payudara kurangkan risiko dijangkiti semula

(FOTO FAIL/ REUTERS)

WASHINGTON, 2 Jun- Ubat yang dihasilkan syarikat farmaseutikal Switzerland, Novartis dapat mengurangkan risiko penghidap dijangkiti semula kanser payudara.

Berdasarkan keputusan percubaan klinikal yang dibentangkan hari ini oleh Komuniti Klinikal Onkologi Amerika (ASCO), ubat itu dapat mengurangkan risiko dijangkiti semula kanser payudara sebanyak satu perempat dalam kumpulan besar mangsa peringkat awal yang terselamat daripada kanser paling biasa.

Dengan dapatan itu, ubat terbabit menawarkan harapan baharu buat pesakit.

Kajian terhadap ribociclib yang tergolong ubat baharu, dikenali sebagai terapi sasaran molekul digambarkan sebagai percubaan yang sangat penting.

Kebanyakan daripada dua juta penghidap kanser payudara baharu yang didiagnosis di seluruh dunia, berada dalam fasa awal penyakit ditakrifkan berada di peringkat I hingga III.

Pengarang utama kajian itu dari Pusat Konser Komprehensif UCLA Jonsson, Dennis Slamon, berkata terdapat beberapa prosedur rawatan yang pesakit perlu melaluinya.

"Standard rawatan sekarang untuk pesakit ini ialah pembedahan, diikuti kemoterapi atau radiasi. Kemudian disusuli antara lima dan 10 tahun sekatan hormon oleh pelbagai terapi endoktrin," katanya.

Peluang dijangkit kanser secara berulang setinggi lebih daripada satu daripada tiga orang untuk peringkat I, lebih satu daripada dua orang untuk peringkat III, menyaksikan kanser kadang-kadang kembali beberapa dekad kemudian.

Percubaan klinikal itu dijalankan membabitkan lebih 5,100 orang merangkumi pesakit di tahap II dan tahap III kanser payudara HR-positif, HER-negatif, iaitu subjenis kanser paling biasa.

Kanser jenis itu menyumbang 70 peratus semua kes kanser payudara di Amerika Syarikat (AS).

Separuh pesakit yang menggunakan ribociclib, ubat itu dipasarkan di bawah jenama Kisqali berserta terapi hormon. Separuh lagi menerima terapi hormon sahaja.

Mereka perlu meneruskan rawatan selama tiga tahun. - AFP


(FOTO HIASAN/ REUTERS)

Media Baharu