fb fb fb fb fb

200 maut, 850 cedera dalam nahas kereta api

BALASORE, 3 Jun- Lebih 200 orang terbunuh manakala lebih 850 lagi cedera dan ramai lagi dikhuatiri terperangkap selepas perlanggaran teruk, tiga kereta api pada Jumaat di Odisha timur India, kata pegawai tempatan.

Foto yang disiarkan di stesen tempatan menunjukkan petak kereta api hancur dengan logam terpintal berhampiran Balasore, kira-kira 200 kilometer dari ibu negeri Bhubaneswar.

Wartawan AFP di tempat kejadian melihat gerabak kereta api tersebut terbalik dan pekerja penyelamat mengeluarkan mangsa yang terselamat daripada serpihan yang hancur, manakala berpuluh-puluh mayat diletakkan di bawah kain putih di sebelah trek.

"Lebih daripada 120 kematian setiap kiraan terakhir dan jumlah itu meningkat kerana terdapat banyak kecederaan serius, keebanyakannya cedera di kepala," Sudhanshu Sarangi, ketua pengarah Perkhidmatan Bomba Odisha, memberitahu AFP dari lokasi kemalangan.

"Kejadian yang sangat menyedihkan dan ianya tidak baik".

Ketua Setiausaha Negara Odisha Pradeep Jena mengesahkan, "kira-kira 850 orang yang cedera telah dihantar ke hospital", dan kerja menyelamat sedang dijalankan.

"Keutamaan kami ialah menyelamatkan penumpang dan memberikan sokongan kesihatan kepada mereka yang cedera," katanya.

Amitabh Sharma, pengarah eksekutif Indian Railways, memberitahu AFP bahawa dua kereta api penumpang "mempunyai penglibatan aktif dalam kemalangan itu" manakala "kereta api ketiga merupakan kereta api barangan, yang diparkir di situ, turut terlibat dalam kemalangan itu.

"Angka mangsa dan jumlah penduduk yang cedera sukar untuk diputuskan pada masa ini," kata Sharma, masih ramai penumpang masih terperangkap.

Seorang mangsa yang terselamat memberitahu wartawan berita TV tempatan, dia sedang tidur ketika kemalangan itu berlaku dan apabila tersedar dirinya terperangkap dengan kecederaan di leher dan lengannya.- AFP

(Pasukan penyelamat mengeluarkan mangsa dalam rempuhan kereta api/AFP)

Media Baharu