ABU DHABI, 3 September – Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada Rabu memberi amaran kepada Israel bahawa sebarang pengilhakan ke atas Tebing Barat mampu menjejaskan semangat Perjanjian Abraham.
Timbalan Menteri Hal Ehwal Politik UAE, Lana Nusseibeh merangkap Duta Menteri Luar UAE Lana Nusseibeh berkata, negara itu konsisten dengan pendirian bahawa akan terus menyokong Palestian dan pendirian itu kekal utuh.
"Sejak awal lagi, kami melihat Perjanjian Abraham sebagai satu cara untuk meneruskan sokongan kami terhadap rakyat Palestin dan aspirasi sah mereka untuk memiliki sebuah negara merdeka.
"Itu adalah pendirian kami pada 2020, dan ia kekal sebagai pendirian kami hingga hari ini," katanya lagi.
Menteri Luar UAE Sheikh Abdullah bin Zayed Al-Nahyan, berkata, usaha perdamaian masih diteruskan.
"Saya berdiri di sini hari ini untuk menghulurkan tangan perdamaian dan menerima tangan perdamaian. Usaha mencari perdamaian adalah satu prinsip semula jadi, namun prinsip ini hanya dapat direalisasikan apabila diterjemahkan kepada tindakan," katanya.
Sementara itu, Menteri Negara bagi Hal Ehwal Kewangan UAE, Obaid Humaid Al-Tayer berkata, negara itu terus komited melakukan usaha perdamaian.
"Kami komited untuk menyokong rangka kerja undang-undang bagi pergerakan manusia dan barangan serta mewujudkan persekitaran mesra perniagaan," katanya.- REUTERS