fb fb fb fb fb

Twitter hilang 80% pekerja

WASHINGTON, 21 Januari- Bilangan pekerja Twitter telah berkurangan kira-kira 80% sejak usahawan Elon Musk mengambil alih paltform media sosial itu.

Sebelum Musk memuktamadkan pengambilalihan Twitter bernilai AS$44 bilion pada akhir Oktober 2022, syarikat yang berpangkalan di San Francisco itu mempunyai kira-kira 7,500 pekerja tetapi bilangannya menurun kepada kira-kira 1,300 pekerja.

(Elon Musk / FOTO AFP)

Twitter kini mempunyai kurang daripada 550 jurutera sepenuh masa serta pasukan petugas keselamatan termasuk kurang daripada 20 pekerja sepenuh masa.

Syarikat itu juga mempunyai kira-kira 1,400 pekerja tidak bekerja yang masih dibayar gaji di samping hampir 75 daripada 1,300 pekerja syarikat sedang bercuti termasuk 40 jurutera. -AFP

Media Baharu