fb fb fb fb fb

Google pecat 12,000 pekerja

NEW YORK, 21 Januari- Syarikat induk Google, Alphabet Inc mengumumkan pemecatan kira-kira 12,000 kakitangannya di seluruh dunia berikutan perubahan ekonomi.

Menerusi kenyataan, Ketua Pegawai Eksekutif Alphabet, Sundar Pichai berkata pemberhentian itu dilakukan berikutan pengambilan pekerja secara besar-besaran ketika kemuncak COVID-19.

"Ketika kemuncak COVID-19, banyak syarikat teknologi berlumba-lumba untuk memenuhi permintaan orang ramai terutamanya untuk bekerja, berhibur dan bersekolah secara dalam talian. Penilaian sedang dilakukan bagi memastikan pekerja dan peranan mereka selaras dengan keutamaan syarikat," katanya.

Syarikat itu antara satu daripada syarikat yang melaksanakan penstrukturan semula berskala besar.

Sebelum ini, Microsoft turut melakukan perkara sama dimana seramai 10,000 orang kakitangan juga akan diberhentikan dalam tempoh beberapa bulan akan datang.

Bukan itu sahaja, Meta, Amazon dan Twitter turut melaksanakan tindakan sama. - AFP


(Foto AFP)

Media Baharu