fb fb fb fb fb

Lima juta pelancong China dijangka ke Thailand tahun ini

PHUKET, 21 Januari- Pemilik-pemilik gajah di sini menyambut kedatangan pelancong terutamanya dari China, dengan menggunakan gajah-gajah baharu.

Pemilik Kem Gajah Pang Chang Kamala, Wittaya Taweeros berkata pihaknya membeli enam ekor gajah untuk menyambut pelancong tersebut.

"Kem ini menyediakan pelbagai aktiviti menarik seperti menunggang dan memandikan gajah. Memandangkan bilangan pelancong mula bertambah, kami juga bersedia dengan pembelian gajah baharu," katanya ketika ditemu bual pemberita di sini.

Taweeros berkata pihaknya menerima peningkatan tempahan selepas Tahun Baharu Cina.

Kem tersebut ketika ini menerima 60 ke 70 peratus pelancong asing.

Pembukaan sempadan China meningkatkan harapan untuk kembalinya pelawat negara itu yang menyumbang satu pertiga daripada 40 juta pelancong asing ke Thailand pada 2019.

Kerajaan Thailand turut menjangkakan menerima sekurang-kurangnya lima juta pelancong China tahun ini. - REUTERS


(Foto REUTERS)

Media Baharu