fb fb fb fb fb

Tiga terbunuh dalam kejadian tembak menembak di Thailand

NARATHIWAT, 21 Januari- Tiga terbunuh dalam kejadian tembak menembak antara tentera kerajaan dan pemberontak di selatan Thailand.

Ketua Polis Tempatan Suthon Sukwiset berkata pihaknya diserang kumpulan pemisah itu di wilayah Narathiwat.

“Mereka mula menembak kami jadi kami terpaksa membalas serangan, yang menyebabkan tiga orang terbunuh. Kami menemukan tiga laras senapang jenis M16 dalam simpanan mereka dan telah merampasnya," katanya ketika ditemu bual pemberita di sini.

Tiada polis dan tentera terbunuh atau cedera dalam operasi itu, yang berlangsung sekurang-kurangnya lima jam.

Konflik di wilayah itu sering berlaku sejak 2004 dan sehingga kini telah membunuh lebih 7,000 orang. - AFP


(Foto Hiasan)

Media Baharu