fb fb fb fb fb

Ikan lumba-lumba mati diserang jerung

SYDNEY, 21 Januari- Seekor ikan lumba-lumba telah mati pada Sabtu di pantai Australia selepas diserang jerung.

Jurucakap Surf Life Saving NSW, Tracey Hare-Boyd berkata sekurang-kurangnya dua ekor jerung lembu telah dikesan di kawasan Pantai Manly di sini.

Semua pantai sekitar kawasan kejadian telah ditutup ekoran serangan tersebut.

"Ikan lumba-lumba itu mengelilingi perairan cetek untuk seketika sebelum akhirnya meluncur ke pantai. Kami cuba menyelamat ikan tersebut tetapi gagal," katanya ketika ditemu bual pemberita di sini.

Tiada individu cedera atau terlibat dalam serangan berkenaan.

Tambahnya, hanya dua kes manusia diserang jerung di sini dalam tempoh 60 tahun lalu. - REUTERS


(Foto REUTERS)

Media Baharu