fb fb fb fb fb

'Henry' berkeliaran di bandar Australia

AUSTRALIA, 21 Januari- Seekor anjing laut dikesan berkeliaran di sekitar bandar Australia pada Jumaat mengejutkan orang ramai.

Dalam video yang dikongsi kepada Reuters, polis dan orang ramai teruja dengan kehadiran anjing laut itu di Spring's Beach di Point Lonsdale kira-kira 60 kilometer ke selatan Melbourne.

Anjing laut itu dinamakan sebagai 'Henry' oleh penduduk tempatan dilihat menuju ke stesen servis tempatan.

Datuk Bandar Borough of Queenscliffe, Isabelle Tolhurst memberitahu Reuters bahawa mungkin Henry "mahukan ais krim?".

Menurut Toldhurst, "polis dan Taman Victoria terlibat untuk memastikan anjing laut dan komuniti selamat" selain memastikan Henry dibawa ke laut.-REUTERS

(Henry berkeliaran di sekitar bandar Australia)

 

Media Baharu