fb fb fb fb fb

Twitter gugur 'blue tick', tanda 'dibiayai kerajaan'

(Tanda biru Twitter/FOTO AFP)

SAN FRANCISCO, 21 April- Twitter menggugurkan label "sekutu negara" dan "dibiayai kerajaan" daripada akaun penggunanya, berdasarkan semakan AFP hari ini terhadap halaman berprofil tinggi di platform itu.

Kebanyakan media utama dari Barat, Russia, China dan negara lain yang sebelum ini mempunyai salah satu daripada label itu sudah tidak lagi memaparkannya.

Terdahulu, Elon Musk menunaikan janji untuk membuang tanda biru (blue tick) percuma daripada pengguna Twitter semalam, sekali gus membezakan antara pengguna berbayar dengan tidak.

Antara yang tiada tanda rasmi Twitter itu adalah Pope yang mempunyai pengikut 18.8 juta, namun Dalai Lama masih kekal sebagai 'akaun sah'.

Musk yang mengambil alih Twitter selepas melabur AS$44 bilion sebelum ini berjanji untuk menggugurkan apa yang disifatkannya sebagai sistem 'tuan dan petani' yang mana wartawan, selebriti dan ahli politik diberi tanda biru yang kononnya bermakna akaun Twitter itu boleh dipercayai.

Beliau sebaliknya menawarkan untuk menjual tanda biru itu kepada sesiapa yang mahu membayar AS$8 sebulan, sebagai langkah yang dinyatakan tahun lalu untuk "mendemokrasikan kewartawanan dan memperkasakan suara rakyat".

Walau bagaimanapun, baru-baru ini, label telah digunakan untuk organisasi berita yang menerima pembiayaan awam tetapi tidak dikawal oleh mana-mana kerajaan.

NPR berhenti menggunakan Twitter selepas itu, dan CBC mengikutinya.


(FOTO AFP)

Radio New Zealand juga mengancam untuk meninggalkan Twitter minggu ini atas label "yang dibiayai oleh kerajaan", manakala Sveriges Radio awam Sweden berkata ia akan berhenti tweet.

Semalam, akaun berprofil tinggi, termasuk ramai wartawan AFP dan organisasi berita lain didapati tidak lagi bertanda biru. -AFP

Media Baharu