ANKARA, 30 Ogos – Turkiye menutup sepenuhnya pelabuhan dan ruang udara negara itu kepada Israel, sekali gus memperluas sekatan perdagangan sejak Mei 2024.
Menteri Luar Hakan Fidan berkata sekatan itu termasuk larangan kapal Israel berlabuh di pelabuhan Turkiye, kapal Turkiye menuju ke Israel, serta pesawat Israel menggunakan ruang udara negara berkenaan.
“Kami tidak benarkan kapal membawa senjata masuk ke pelabuhan kami dan tidak benarkan pesawat Israel melalui ruang udara Turkiye,” katanya pada sidang tergempar Parlimen, semalam.
Setakat ini Israel belum mengulas langkah berkenaan, namun rejim itu sedang merancang pengambilalihan Bandar Gaza ketika perang dengan Hamas masih berlarutan.
Sejak 7 Oktober 2023, lebih 63,000 penduduk Gaza dilaporkan terbunuh dalam operasi ketenteraan Israel - VIORY