KIEV, 30 Ogos – Sekurang-kurangnya seorang maut manakala 22 lagi cedera dalam serangan udara Rusia di wilayah tenggara Zaporizhzhia, lewat malam Jumaat.
Pentadbiran Tentera Wilayah Zaporizhzhia menerusi saluran Telegram rasmi berkata, letupan berlaku di kawasan penempatan dan komersial sebelum disahkan sebagai serangan Rusia.
Rakaman video yang dikeluarkan perkhidmatan kecemasan wilayah menunjukkan anggota bomba dan paramedik berusaha memadam kebakaran di bangunan musnah serta membantu penduduk.
Bagaimanapun, Rusia menafikan menyasarkan orang awam sejak konflik kedua-dua negara pada Februari 2022 lalu.
Sebaliknya Rusia mendakwa sistem tenaga dan infrastruktur lain dianggap sasaran sah kerana menyokong usaha perang Ukraine. – Reuters