fb fb fb fb fb

Arca katak berusia 4,000 tahun ditemui di Peru

Arca kecil berbentuk dua ekor katak berusia 4,000 tahun ditemui di Peru/Syot layar REUTERS

LIMA, 30 Ogos - Arca kecil berbentuk dua ekor katak berusia 4,000 tahun ditemui di Peru, sekali gus membongkar kisah runtuhnya sebuah tamadun awal di benua itu akibat perubahan iklim dahsyat ribuan tahun lalu.

Arca setinggi 12 sentimeter itu dijumpai di tapak arkeologi Vichama, kira-kira 160 kilometer dari ibu kota Lima, bersama ukiran manusia kurus kering pada dinding tanah liat yang menggambarkan penderitaan akibat kemarau panjang.

Menurut ketua penyelidikan, Tatiana Abad, simbol katak melambangkan kesuburan serta harapan penduduk terhadap hujan selepas berdepan kebuluran.

“Kota Caral yang dibina sekitar 5,000 tahun lalu akhirnya runtuh kerana perubahan iklim, sama seperti tamadun lain di dunia,” katanya.

Caral pernah berkembang seiring tamadun Mesir dan Sumeria, namun unik kerana terbina secara terpencil tanpa pengaruh luar. - REUTERS

GRACE AISYAH KEDAYAN