KIEV, 30 Ogos – Tentera Udara Ukraine menembak jatuh 510 daripada 537 dron serta 38 daripada 45 peluru berpandu yang dilancarkan Rusia dalam serangan malam tadi.
Menurut kenyataan di Telegram, lima peluru berpandu dan 24 dron dilaporkan mengenai tujuh lokasi dengan serpihan jatuh di 21 kawasan.
Serangan terbaharu itu berlaku selepas serangan dron dan peluru berpandu Rusia ke atas Kiev pada Khamis lalu yang meragut 25 nyawa.
Tiada kerosakan direkodkan di ibu kota Kiev .– Reuters