fb fb fb fb fb

Sepanyol gesa EU tangani krisis Gaza

Beberapa negara Eropah menyuarakan kecaman terhadap kempen ketenteraan Israel di Gaza/Foto REUTERS

MADRID, 30 Ogos - Menteri Luar Sepanyol, Jose Manuel Albares mendesak Kesatuan Eropah (EU) supaya segera bertindak menangani krisis kemanusiaan di Gaza yang semakin meruncing.

Beliau memberi amaran sekatan Israel telah menyebabkan kebuluran, malah mengancam ribuan nyawa termasuk kanak-kanak.

“Kita mesti lakukan apa sahaja untuk hentikan perang ini. Saya akan kemukakan cadangan supaya EU bantu ringankan kebuluran yang dicetuskan Israel,” katanya.

Albares juga menegaskan sekarang masa penting buat Eropah bersuara jelas mempertahankan keamanan, undang-undang antarabangsa dan prinsip kemanusiaan.

Dalam masa sama, beliau menyatakan sokongan terhadap cadangan Norway dan Sweden untuk kenakan sekatan terhadap menteri serta peneroka Israel di Tebing Barat - VIORY

GRACE AISYAH KEDAYAN