LONDON, 30 Ogos - Ratusan penunjuk perasaan berkumpul di hadapan Kedutaan Israel di London semalam, membabitkan pertembungan antara kumpulan pro-Palestin dan pro-Israel.
Ketegangan berlaku apabila peserta pro-Israel cuba merampas plakad kumpulan pro-Palestin sehingga mencetuskan perbalahan dengan polis.
Bagaimanapun, tiada sebarang tangkapan dilakukan.
Kumpulan pro-Palestin dilihat membawa bendera, memukul periuk serta mengangkat sepanduk bertulis “Hentikan kebuluran Gaza” dan “Yahudi menentang pembunuhan beramai-ramai”.
Konflik Hamas-Israel tercetus pada 7 Oktober 2023, telah mengorbankan lebih 62,000 penduduk Gaza - VIORY