fb fb fb fb fb

Turkiye tahan 99 individu disyaki anggota IS

Menteri Dalam Negeri Turkiye, Ali Yerlikaya/ AFP

ISTANBUL, 2 Ogos- Menteri Dalam Negeri Turkiye, Ali Yerlikaya hari ini berkata bahawa 99 orang yang disyaki anggota pengganas negara Islam (IS) telah ditahan dalam serbuan baru-baru ini di seluruh negara.

Beliau memaklumkan tangkapan dibuat terutamanya di Ankara dan Izmir di barat, serta di tengah, timur dan selatan.

"99 suspek telah ditangkap dalam operasi GURZ-4 sejak tiga hari lalu.

"Kami tidak akan bertolak ansur dengan mana-mana pengganas," katanya.

Pihak berkuasa Turkiye telah membuat beberapa tangkapan besar-besaran ke atas dakwaan anggota IS dalam beberapa tahun kebelakangan ini dengan yang terbaru ialah 147 orang yang diumumkan pada Mac.

Selepas penahanan itu, Yerlikaya berkata polis telah menahan sejumlah 2,919 orang yang disyaki mempunyai kaitan dengan kumpulan itu.

Dua daripada penyerang yang terlibat dalam insiden serangan yang mengakibatkan 145 orang terbunuh di Dewan Bandaraya Crocus di Moscow Mac lalu, telah menghabiskan beberapa minggu di Turkiye sebelum menuju ke Rusia, menurut pihak berkuasa tempatan.- AFP

ZEHRA BINTI ZAMBRI