fb fb fb fb fb

Turkiye kutuk Moscow adakan undian sertai Rusia di empat wilayah Ukraine

(Wilayah Ukraine yang dikuasai Moscow mengundi sertai Rusia Jumaat ini/AFP)

ANKARA, 22 September- Turkiye mengutuk rancangan Moscow mengadakan pungutan suara untuk menyertai Rusia di empat wilayah Ukraine yang dikuasainya.

Kementerian Luar Turkiye dalam satu kenyataan menyifatkan rancangan tersebut sebagai tidak sah dan tidak diiktiraf masyarakat antarabangsa.

Turkiye juga tidak pernah mengiktiraf penyertaan wilayah Crimea dalam Rusia pada tahun 2014.

Katanya, Presiden Recep Tayyip Erdogan akan menggunakan hubungan terbukanya dengan Moscow dan Kiev untuk menganjurkan rundingan mengenai gencatan senjata.

Keputusan Rusia untuk mengadakan undi penggabungan dan menggerakkan sebahagian anggota tentera menandakan potensi permulaan babak peperangan yang lebih dahsyat.

Erdogan memberitahu pemimpin dunia di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bahawa Moscow dan Kiev memerlukan bantuan mencari "penyelesaian yang bermaruah" daripada krisis tersebut. AFP


(Presiden Rusia Vladimir Putin bertemu dengan rakan sejawatannya dari Turkiye, Recep Tayyip Erdogan di Sochi pada 29 September 2021/AFP)

Media Baharu