MERSIN, 14 Oktober – Turkiye menghantar sebuah kapal bantuan kemanusiaan membawa 900 tan makanan, termasuk susu formula bayi dan makanan dalam tin, untuk disalurkan ke Gaza susulan pelaksanaan perjanjian gencatan senjata antara Israel dan Hamas.
Kapal berkenaan, Akdeniz, berlayar menuju ke Pelabuhan El-Arish di Mesir sebelum bantuan tersebut diteruskan ke wilayah Gaza.
Menteri Dalam Negeri Turkiye, Ali Yerlikaya berkata penghantaran itu merupakan sebahagian daripada usaha berterusan kerajaan Turkiye untuk membantu rakyat Palestin yang terjejas akibat konflik berpanjangan.
Beliau berkata demikian dalam satu sidang media sempena pelepasan kapal tersebut yang dilihat berlepas dari Pelabuhan Mersin di selatan Turkiye pada Selasa. -REUTERS