fb fb fb fb fb

Turkiye di kedudukan ke-11 dunia dalam eksport industri pertahanan- Erdogan

Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan/ REUTERS

ANKARA/ISTANBUL, 23 Februari- Turkiye ialah peneraju dunia dalam pengeluaran dron dan menduduki tempat ke-11 di peringkat global dalam eksport industri pertahanan, kata Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan pada Ahad, lapor Anadolu Ajansi (AA).

Beliau menyatakannya pada mesyuarat Parti Keadilan dan Pembangunan (AK) di ibu negara Ankara.

Beliau berkata negara itu berada di ambang transformasi besar dan kejayaan ekonomi yang memberangsangkan, sambil menambah bahawa “perkembangan di rantau kita akan memudahkan proses ini.”

Erdogan turut memaklumkan bahawa kerajaan telah menyediakan program pembaharuan untuk "Abad Turkiye," yang disifatkannya sebagai menyeluruh dan akan meningkatkan potensi pertumbuhan serta produktiviti negara.- BERNAMA-ANADOLU

 

ROSLINA BINTI DIN