fb fb fb fb fb

Turkiye beri amaran kepada rakyatnya risiko serangan Islamofobia di AS, Eropah

(FOTO REUTERS)

ANKARA, 29 Januari - Turkiye memberi amaran kepada rakyatnya yang berada di Amerika Syarikat dan Eropah kemungkinan berlakunya serangan Islamofobia dan perkauman.

Ini selepas sekutu Baratnya memberi amaran kepada rakyat mereka yang berada di Turkiye bahawa kemungkinan serangan pengganas di negara itu.

(FOTO REUTERS)

Kementerian Luar Turkiye mengesyorkan rakyatnya di AS dan negara Eropah yang lain untuk kekal tenang dalam menghadapi segala kemungkinan dan meminta rakyatnya menjauhkan diri dari berada di kawasan demonstrasi diadakan.

Tindakan anti-Islam dan perkauman yang berlaku itu mencerminkan sikap tidak bertoleransi dan kebencian agama yang sangat bahaya di Eropah.

Beberapa kedutaan di Ankara termasuk AS, Jerman, Perancis dan Itali Jumaat lalu turut mengeluarkan amaran keselamatan kepada rakyatnya di Turkiye mengenai kemungkinan serangan balas pengganas di tempat ibadat.

Amaran itu dikeluarkan susulan insiden pembakaran al-Quran di Eropah.-REUTERS

Media Baharu