fb fb fb fb fb

Banjir kilat di New Zealand, Auckland kekal sebagai kawasan darurat

(FOTO REUTERS)

SYDNEY, 29 Januari - Empat individu termasuk seorang yang dilaporkan hilang sebelum ini disahkan meninggal dunia dalam satu kejadian tanah runtuh akibat hujan lebat yang melanda pulau di utara New Zealand.

Polis mengesahkan seorang lelaki yang hilang selepas dihanyutkan Jumaat lalu di Onewhero, iaitu sebuah perkampungan luar bandar kira-kira 70 kilometer (km) dari selatan Auckland, sudah meninggal dunia.

"Perkara yang paling mengerikan kami ialah berlakunya kematian," kata Timbalan Perdana Menteri, Carmel Sepuloni kepada pemberita di Auckland.

Peramal cuaca, MetService memberi amaran cuaca lebih teruk seperti banjir kilat diramalkan akan berlaku hari ini dan esok di pulau utara New Zealand.

(FOTO REUTERS)

Auckland yang juga bandar terbesar di New Zealand dan mempunyai 1.6 juta penduduk kekal sebagai kawasan darurat selepas hujan lebat melanda bandar berkenaan sejak Jumaat lalu.

Kawasan darurat kini diperluaskan ke selatan iaitu Waitomo yang terletak kira-kira 220 kilometer dan pengisytiharan daruratnya diumumkan semalam.

Polis turut memaklumkan pihaknya akan membuat penutupan jalan di wilayah itu kerana berlakunya banjir, kegelinciran dan kerosakan jalan.

Berdekatan Bay of Plenty turut berlakunya banjir serta tanah runtuh sehingga merobohkan sebuah rumah serta harta penduduk berhampiran.

Kejadian itu turut menyebabkan ribuan rumah menghadapi bekalan elektrik terputus manakala ratusan terputus bekalan air.

Semalam, Perdana Menteri, Chris Hipkins yang baru memegang jawatan berkenaan menggunakan helikopter untuk melintasi Auckland dan melawat rumah mangsa banjir.

Beliau menyifatkan kesan banjir yang berlaku di bandar itu sebagai 'belum pernah berlaku sebelum ini'.

New Zealand Herald semalam melaporkan, orang ramai membuat lebih 2,000 panggilan untuk mendapatkan bantuan dan proses pemindahan di sekitar bandar Auckland. -REUTERS

Media Baharu