fb fb fb fb fb

Turki sedia jadi perantara, konflik stesen janakuasa nuklear Zaporizhzhia

(Stesen janakuasa nuklear Zaporizhzhia/Foto fail AFP)

KIEV, 4 September- Turki bersedia menjadi orang tengah bagi mencari jalan penyelesaian terbaik berhubung konflik stesen janakuasa nuklear Zaporizhzhia di Ukraine.

Tawaran itu dibuat oleh Presiden Recep Tayyip Erdogan kepada rakan sejawatannya di Moscow, Vladimir Putin, sama seperti peranan Ankara dalam perjanjian eksport bijirin dari Ukraine.

Tawaran sama turut disampaikan kepada Presiden Ukraine Volodymyr Zelensky.

Namun setakat ini, masih tiada sebarang jawapan daripada kedua-dua pihak.

(Recep Tayyip Erdogan/Foto fail AFP)

Bulan lalu, Erdogan memberi amaran tentang bahaya bencana nuklear apabila beliau melawat bandar barat Lviv untuk berbincang dengan pemimpin Ukraine itu.

Presiden Turki itu berkata beliau mahu mengelak "Chernobyl lain", merujuk kepada kemalangan nuklear paling teruk di dunia di bahagian lain Ukraine pada 1986, ketika ia masih sebahagian daripada Kesatuan Soviet.

Minggu ini, 14 pasukan daripada Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) melawat Zaporizhzhia, dengan ketua pemerhati nuklear PBB, Rafael Grossi berkata tapak itu telah rosak dalam pertempuran.-AFP

Media Baharu