fb fb fb fb fb

Turki catat kes harian baharu COVID -19 tertinggi semalam

TURKI, 1 Januari - Turki merekodkan sebanyak 40,786 kes harian baharu COVID -19 semalam.

Sekaligus merupakan angka kes tertinggi yang pernah dicatatkan sejak April. 

Menteri Kesihatan, Fahrettin Koca memberi amaran, varian Omicron kini menjadi varian dominan di tengah-tengah sambutan Tahun Baharu yang diraikan tanpa sekatan.

Tegasnya, kes terbaharu itu menyaksikan angka harian yang dilaporkan meningkat lebih daripada dua kali ganda berbanding minggu lalu iaitu sebanyak 18,910 kes. - REUTERS

Media Baharu