fb fb fb fb fb

Tuntutan rakyat Indonesia akan dipenuhi

Siri demonstrasi bermula Isnin lalu dan merebak ke beberapa wilayah lain/ foto AFP

JAKARTA, 31 Ogos - Kenaikan elaun anggota Parlimen Indonesia dibatalkan selain kunjungan kerja ke luar negara juga dibekukan.

Perkara itu dimaklumkan Presiden Prabowo Subianto yang berharap rakyat bertenang dan terus memberi kepercayaan kepada kerajaan dalam menghadapi perkembangan semasa negara.

Ketika bercakap di Istana Merdeka, beliau menegaskan semua parti politik, sama ada di dalam mahupun di luar koalisi pemerintah telah sepakat untuk terus memperjuangkan kepentingan rakyat.

"Kami bertekad untuk sentiasa memperjuangkan kepentingan rakyat termasuk rakyat kecil dan terpinggir,” katanya, menurut kenyataan daripada Sekretariat Presiden.

Prabowo berkata beliau memahami aspirasi yang telah disampaikan rakyat dan memberi jaminan setiap tuntutan akan diambil tindakan sewajarnya.

Beliau turut meminta Ahli Parlimen mengadakan dialog dengan tokoh tempatan, mahasiswa dan pelbagai organisasi masyarakat.

Langkah tersebut diambil susulan siri demonstrasi di Jakarta bermula sejak Isnin lalu sebelum meluas ke beberapa wilayah.

JALALUDDIN BIN BAHARIN