fb fb fb fb fb

Tunjuk perasaan antiperkauman bawa mesej keamanan

Foto Reuters

LONDON, 8 Ogos - Ribuan penunjuk perasaan antiperkauman dan pro-Palestin berkumpul di kota London sebagai tindak balas terhadap kumpulan yang menimbulkan rusuhan di beberapa bandar di Britain awal minggu ini.

Mereka membawa mesej keamanan dan menolak keganasan dan sikap perkauman yang dilakukan oleh kumpulan antiimigran.

Awal minggu ini, Britain menyaksikan gelombang rusuhan terburuk selepas protes antipendatang menyasarkan warga Muslim.

Ia berpunca daripada kejadian tiga kanak-kanak maut ditikam di Southport pada akhir bulan lalu yang kemudiannya dipersalahkan terhadap migran Muslim.

Gara-gara penyebaran maklumat salah, sentimen antipendatang dibangkitkan.

Penunjuk perasaan turut bertempur dengan pasukan keselamatan dan bertindak merosakkan harta benda awam.

Penunjuk perasaan antiperkauman bersatu bagi menolak sentimen kumpulan ganas itu.-REUTERS

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN