fb fb fb fb fb

Bangunkan semula Bangladesh, Muhammad Yunus gesa rakyat jauhi keganasan

Foto Reuters

DHAKA, 8 Ogos - Pemenang Hadiah Nobel Bangladesh, Muhammad Yunus yang akan menerajui kerajaan peralihan negara itu menggesa rakyat supaya menjauhi keganasan dan bersiap sedia untuk membangunkan semula negara.

Muhammad Yunus, 84 tahun turut menggesa rakyat Bangladesh supaya bertenang.

“Mari kita gunakan sebaik mungkin kemenangan baharu kita,” katanya dalam satu kenyataan kepada Reuters sebelum berlepas dari Paris pada Rabu."Saya sangat merayu kepada semua orang untuk bertenang. Tolong elakkan daripada semua jenis keganasan."

Beliau dan kerajaan sementara Bangladesh dijangka mengangkat sumpah lewat hari ini.

Muhammad Yunus telah dilantik oleh Presiden Mohammed Shahabuddin untuk menerajui kerajaan sementara negara itu.

Keputusan untuk membentuk kerajaan sementara dibuat berikutan perbincangan antara Shahabuddin, pemimpin pergerakan mahasiswa dan pemimpin tentera.

Ia merupakan salah satu tuntutan utama pemimpin pelajar, yang mengadakan tunjuk perasaan besar-besaran yang mendorong Perdana Menteri, Sheikh Hasina untuk meletak jawatan dan meninggalkan negara itu.-REUTERS

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN