fb fb fb fb fb

2024 mungkin tahun paling panas- Pemantau iklim EU

Foto AFP

PARIS, 8 Ogos- Tahun 2024 berkemungkinan merupakan tahun paling panas yang direkodkan.

Perkhidmatan Perubahan Iklim Copernicus Kesatuan Eropah (EU) (C3S) berkata berkata Julai lalu adalah yang kedua paling panas yang direkodkan sejak 1940.

Bagaimanapun, suhu yang dicatatkan pada bulan lalu rendah sedikit berbanding Julai 2023.

Bulan lalu suhu purata global ialah 16.91 darjah celsius, hanya 0.04C di bawah Julai 2023, menurut buletin bulanan C3S.

Setiap bulan sejak Jun 2023 mengatasi rekod suhu berbanding bulan sama pada tahun-tahun sebelumnya.

Timbalan Pengarah C3S Samantha Burgess berkata kesan buruk perubahan iklim bermula sebelum 2023 dan akan berterusan sehingga pelepasan gas rumah hijau global mencapai sifar bersih.

"Tetapi, konteks keseluruhan tidak berubah, iklim kita terus panas", katanya.

Dari Januari hingga Julai suhu global adalah 0.70C melebihi purata 1991-2020.-AFP

ROSLINA BINTI DIN