fb fb fb fb fb

Konflik Asia Barat: Qantas batalkan penerbangan Perth-London

Foto fail AFP

SYDNEY, 8 Ogos- Syarikat penerbangan Australia, Qantas membatalkan penerbangan tanpa henti, Perth ke London pada Khamis.

Keputusan dibuat sebagai langkah berjaga-jaga berikutan ketegangan di Asia Barat.

Penerbangan itu, biasanya mengambil masa 17 jam setengah tanpa henti, kini akan mengisi minyak di Singapura bagi membolehkan membawa penumpang di laluan yang mengelakkan ruang udara negara yang terlibat konflik.

Ia merupakan kali kedua dalam tahun ini syarikat penerbangan itu terpaksa mengubah laluan penerbangan berikutan pergolakan di Asia Barat.

Perkhidmatan penerbangan pergi balik London ke Perth akan diteruskan tanpa henti pada laluan yang akan diselaraskan semula.

Qantas menyertai syarikat penerbangan lain termasuk Lufthansa dalam mengubah laluan penerbangan dari kawasan itu.

Ketegangan di Asia Barat meningkat sejak pembunuhan Ketua Biro Politik Hamas, Ismail Haniyeh di Tehran minggu lalu.

Hamas dan Iran telah menyalahkan Israel atas pembunuhan Ismail Haniyeh, termasuk kumpulan Lubnan yang disokong Iran, Hizbullah mengancam tindak balas. Namun, Israel tidak mengesahkan atau menafikan bertanggungjawab.-AFP

ROSLINA BINTI DIN