TOKYO, 8 Ogos- Gempa bumi kuat dengan magnitud 7.1 melanda barat daya Jepun hari ini, sekali gus menyebabkan amaran tsunami.
Agensi Meteorologi Jepun (JMA) berkata gempa berlaku pada kira-kira pukul 4:43 petang (0743 GMT) di luar wilayah Miyazaki di pulau utama barat Kyushu.
Bagaimanapun, namun tiada laporan awal mengenai tanda-tanda kerosakan besar.
Ketua Setiausaha Kabinet Yoshimasa Hayashi berkata tiada laporan mengenai kerosakan di loji tenaga nuklear berikutan gempa bumi itu.
Beliau berkata kerajaan juga sedang memeriksa kerosakan dan kemalangan jiwa.
Sementara itu, Penyiar NHK melaporkan, ombak setinggi 50 cm (20 inci) berlaku di Miyazaki.- REUTERS