TEHRAN, 12 Januari- Badan Kehakiman Iran menjatuhkan hukuman mati ke atas tiga lagi penunjuk perasaan antikerajaan.
Ketiga-tiganya didapati bersalah atas tuduhan 'melancarkan perang terhadap Tuhan'.
Agensi berita Mizan melaporkan kes tersebut, ketika Iran berdepan terus kritikan antarabangsa ekoran tindakan keras terhadap penunjuk perasaan di negara berkenaan.
Iran sebelum ini menggantung dua lelaki dalam usaha menghapuskan demonstrasi.
Aktiviti demonstrasi di negara itu kini menjadi agak perlahan sejak kerajaan mula melaksanakan hukuman mati dalam tempoh beberapa minggu selepas penahanan.
Saleh Mirhashemi, Majid Kazemi dan Saeid Yaghoubi disabitkan dengan tuduhan membunuh anggota sukarelawan separa tentera Basij ketika protes antikerajaan berlaku di bandar Isfahan.
Ketiga-tiga individu itu boleh membuat rayuan terhadap keputusan tersebut.
Demonstrasi tercetus akibat kematian kontroversi seorang wanita muda, Mahsa Amini, 22 tahun dalam tahanan polis pada 16 September tahun lalu.-AFP
(FOTO AFP)