fb fb fb fb fb

Lloyd Austin ragu peningkatan aktiviti ketenteraan China berhampiran Selat Taiwan

AMERIKA SYARIKAT, 12 Januari - Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat (AS), Lloyd Austin amat meragui dengan peningkatan aktiviti ketenteraan China berhampiran Selat Taiwan.

Beliau berpandangan situasi itu sebagai petanda akan berlaku pencerobohan ke atas pulau itu oleh Beijing.

"Kami telah melihat peningkatan aktiviti udara di selat, kami telah melihat peningkatan aktiviti kapal permukaan di sekitar Taiwan," kata Austin semasa sidang akhbar bersama Setiausaha Negara A.S. Antony Blinken dan rakan sejawatan Jepun mereka.

(FOTO REUTERS)

"Tetapi sama ada itu bermakna pencerobohan akan berlaku, anda tahu, saya sangat meraguinya," kata Austin. - REUTERS

Media Baharu