fb fb fb fb fb

10 maut dalam pertempuran antara ELN dan FARC

(ELN National Liberation Army / REUTERS)

BOGOTA, 12 Januari- Sekurang-kurangnya 10 orang dipercayai maut dalam pertempuran antara kumpulan pemberontak bersenjata di Colombia berhampiran sempadan Venezuela, baru-baru ini.

"Maklumat yang kami terima melaporkan sekurang-kurangnya 10 kematian di kawasan Arauca akibat pertempuran antara ELN (National Liberation Army) dan penentang FARC, Angkatan Bersenjata Revolusi Colombia, " kata Juan Pappier, penyelidik kumpulan hak asasi antarabangsa, di Twitter.

Pejabat ombudsman di Colombia, tanpa menyatakan jumlah kematian, melaporkan penemuan beberapa mayat lelaki yang terbunuh dalam pertempuran yang berlaku pada Isnin dan Selasa di bandar kecil Puerto Rondo, di timur laut Colombia.

Kerajaan mahupun pihak berkuasa tentera tidak mengeluarkan sebarang kenytaaan berhubung kejadian tersebut.

Pejuang ELN terlibat dalam konflik berdarah dengan penentang FARC, dengan kedua-dua kumpulan telah menolak perjanjian damai bersejarah 2016 dengan kerajaan serta gencatan senjata baru-baru ini diumumkan oleh kerajaan Presiden baharu Gustavo Petro.

Petro, pemimpin kiri pertama negara, telah mengisytiharkan pada malam tahun baharu bahawa gencatan senjata sementara telah dicapai dengan lima kumpulan bersenjata terbesar di negara itu, termasuk ELN, dari 1 Januari hingga 30 Jun.

Tetapi ELN beberapa hari kemudian berkata ia tidak bersetuju dengan sebarang langkah sedemikian, memaksa kerajaan untuk membatalkan pengisytiharan utamanya, sekali gus melemahkan harapan untuk menamatkan keganasan selama beberapa dekad yang berterusan walaupun perjanjian damai 2016 dengan FARC .

Pemberontak dan pengedar dadah bertempur di kawasan terpencil di negara Amerika Selatan itu ketika mereka berusaha untuk meluaskan wilayah mereka dan mengawal perdagangan kokain.

Pada Januari 2022, ELN dan pemberontak lain terlibat dalam pertempuran sengit di Arauca, menyebabkan 50 orang terbunuh.

Rundingan damai antara ELN dan kerajaan akan disambung hujung bulan ini di Mexico City. -AFP


(Angkatan Bersenjata Revolusi Colombia FARC / REUTERS)

Media Baharu