fb fb fb fb fb

Tujuh terbunuh dalam serangan pengganas di Mali

FOTO FAIL AFP

DAKAR, 16 Disember- Sekurang-kurangnya tujuh orang terbunuh pada Ahad dalam satu serangan di tengah Mali.

Serangan pengganas di perkampungan Segue itu menyebabkan kematian seorang saudara kepada seorang ulama dan enam lelaki lain, kata keuskupan wilayah Mopti.

"Serangan tersebut juga menyebabkan banyak kerosakan harta benda," menurut kenyataan yang ditandatangani oleh Setiausaha Keuskupan, Paderi Daniel Camille Togo.

Sebuah kumpulan masyarakat sivil menyatakan mereka terkejut mendengar tentang serangan pengganas pada Ahad yang melibatkan kampung Segue dan Sonfounou.

"Angka korban akibat serangan maut ini telah meningkat kepada sembilan orang, tujuh di Segue dan dua di Sonfounou," kata Gerakan Patriotik untuk Perpaduan dan Penjagaan Cercle Bankass sebahagian daripada wilayah Mopti.

"Klinik, farmasi kampung, dan ambulans telah dibakar, kereta peribadi milik datuk bandar (Segue) juga dibakar, dan beberapa motosikal dirampas," tambah organisasi tersebut dalam kenyataan.

Mali kini berdepan krisis politik, keselamatan dan ekonomi yang serius, di samping pergolakan yang dicetuskan oleh kumpulan Al-Qaeda dan IS sejak 2012.

Negara itu juga sedang menghadapi pemberontakan pemisah di kawasan gurun utara yang tidak stabil.-AFP

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE