fb fb fb fb fb

Tujuh jemaah terbunuh di masjid utara Nigeria

NIGERIA, 12 Ogos - Sekurang-kurangnya tujuh jemaah maut dan beberapa lagi cedera, selepas sebuah masjid di bandar Zaria di utara Nigeria yang dipenuhi jemaah runtuh, pada Jumaat.

Jurucakap majlis Emiriah Zaria Abdullahi Kwarbai berkata kejadian itu berlaku ketika ratusan jemaah menunaikan solat asar di masjid pusat bandar itu.

“Empat mayat ditemui pada mulanya, dan kemudian tiga lagi ditemui selepas pasukan penyelamat menggeledah masjid yang runtuh itu,” katanya.

Bangunan runtuh kerap berlaku di negara yang mencatatkan paling ramai penduduk di Afrika, atas faktor kurangnya penguatkuasaan peraturan dan bahan binaan selalunya tidak berkualiti.- REUTERS

(FOTO REUTERS)

Media Baharu