fb fb fb fb fb

Banjir lumpur akibatkan dua maut di barat laut China

SHANGHAI, 12 Ogos- Tanah runtuh dan banjir di bandar Xian di barat laut China mengorbankan dua orang manakala 16 yang lain hilang, lapor Televisyen Pusat China (CCTV) milik kerajaan pada Sabtu.

Kejadian itu berlaku selepas hujan lebat dan banjir memusnahkan banyak kawasan di China, selain beberapa cuaca ekstrem yang diakibatkan selepas Taufan Doksuri di wilayah selatan Fujian hampir tiga minggu lalu.

Menurut laporan CCTV, dua buah rumah di Xian dihanyutkan manakala infrastruktur seperti jalan raya, jambatan dan kemudahan bekalan kuasa telah rosak.

Pasukan mencari dan menyelamat telah dihantar ke kawasan itu.

Menurut stesen televisyen tempatan, pergunungan Qinling di Xian akan terus mengalami keadaan cuaca melampau, dan akan mengakibatkan hakisan tanah dan kemungkinan banjir lumpur.

Perkhidmatan kereta api di Beijing dan bandar timur laut Harbin digantung pada Sabtu akibat hujan lebat dan angin kencang.

Pihak berkuasa tempatan memasang kepungan untuk membolehkan saliran air di beberapa jalan selain menghantar hampir 3,900 polis.

Di wilayah timur laut Jilin, usaha membaiki rekahan sepanjang 90 meter di tebing sungai bagi melindungi 29 kampung. Kira-kira 500 pegawai dan askar, 62 kenderaan dan tiga mesin pembinaan dihantar bagi tujuan itu.

Di bandar Huozhou, beberapa rumah mengalami masalah air bertakung selain beberapa penduduk terperangkap di kediaman mereka.

Menurut Agensi Berita Xinhua, "banjir kilat merosakkan jalan dan memerangkap penduduk di Mongolia pada Khamis." Manakala lebih 40 orang telah diselamatkan.- REUTERS

(Jambatan rosak selepas hujan dan banjir akibat Taufan Doksuri, di Zhuozhou/AFP)

Media Baharu