fb fb fb fb fb

Amaran bom palsu di Menara Eiffel cetus panik

(Menara Eiffel)

PARIS, 13 Ogos- Arahan pengosongan dikeluarkan di Menara Eiffel di sini selepas mercu tanda paling ikonik di Perancis itu menerima amaran bom yang sekali gus mencetuskan panik terutama dalam kalangan pelawatnya, semalam.

Badan yang bertanggungjawab menyelia menara itu, Société d'Exploitation de la Tour Eiffel (SETE) memaklumkan, Menara Eiffel terpaksa dikosongkan selama beberapa jam untuk pemeriksaan oleh pakar pemusnah bom dan polis.

"Ia adalah prosedur biasa dalam situasi seperti ini yang bagaimanapun jarang berlaku. Pemeriksaan turut melibatkan sebuah restoran di menara tersebut," jelas jurucakap SETE.

Amaran bot berkenaan ditarik balik beberapa jam kemudian dan disahkan sebagai palsu -AFP

(Anggota keselamatan melakukan kawalan di Menara Eiffel selepas menerima
amaran bom/AFP)

Media Baharu