fb fb fb fb fb

Tshisekedi kekal Presiden buat penggal kedua

Presiden Republik Congo, Felix Tshisekedi dipilih sebagai Presiden buat penggal kedua/FOTO REUTERS

 

KINSHASA, 21 Januari- Presiden Republik Congo, Felix Tshisekedi mengangkat sumpah untuk penggal kedua pada Sabtu selepas kemenangan besar pada pilihan raya pada Disember lalu.

Kemenangan tersebut bagaimanapun menerima bantahan dan kecaman daripada parti pembangkang yang mendakwa terdapatnya penyelewengan dalam pilihan raya berkenaan.

Pihak berkuasa Congo mengakui terdapat isu dalam pilihan raya tersebut namun menolak dakwaan berlakunya penipuan undi.

Dakwaan penipuan undi oleh pembangkang menghangatkan kembali pertikaian tentang proses pilihanraya di negara tersebut yang sebelum ini telah menyebabkan kekacauan dan protes di dua bandar di timur Congo.

Tshisekedi mengangkat sumpah di stadium yang terletak di Kinshasa yang dipenuhi dengan para penyokong termasuk ketua-ketua negara Afrika dan perwakilan asing dari Amerika Syarikat (AS), China dan Perancis.

Dalam ucapannya, Tshisekedi menegaskan menyedari harapan rakyat Congo yang ingin hidup dalam situasi yang lebih baik dengan peningkatan ekonomi dan peluang pekerjaan.

"Saya menyedari harapan berkenaan.

"Matlamat pada penggal baharu ini ialah untuk mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan", kata Tshisekedi.

Tshisekedi turut berjanji menstruktur semula ketenteraan dan keselamatan negara itu selain memperkasakan usaha diplomatik dalam menangani krisis di timur Republik tersebut.

Pada 10 Januari lalu, Suruhanjaya Pilihan Raya Republik Demokratik Congo mengisytiharkan ketua pembang, Felix Tshisekedi memenangi pilihan raya presiden yang diadakan pada 30 Disember lalu.

Tshisekedi mendapat lebih tujuh juta undi berbanding seorang lagi calon pembangkang, Martin Fayulu yang mendapat 6.4 juta undi manakala calon pilihan Kabila, Emmanuel Ramazani Shadary memperoleh kira-kira 4.4 juta undian.-AFP

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD