fb fb fb fb fb

Kumpulan Sayap Kanan Jerman cadang tubuh parti baharu

Pengerusi Kumpulan Konservatif sayap kanan Jerman, Hans-Georg Maassen/ FOTO REUTERS

BERLIN, 21 Januari - Kumpulan Konservatif sayap kanan Jerman, Werteunion pada Sabtu berkata kumpulan berkenaan telah memutuskan bagi menubuhkan parti baharu sebagai tambahan kepada fregmentasi parti politik di negara berkenaan.

Ahli anggota kumpulan berkenaan telah memberi mandat kepada pengerusi, Hans-Georg Maassen bagi menubuhkan sebuah parti yang bersifat 'Konservatif-Liberal' dalam sebuah pertemuan tertutup di bandar Erfurt, menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh kumpulan terbabit.

"Parti berkenaan akan ditubuhkan secepat mungkin agar dapat turut serta dalam pilihan raya negeri di Thuringia, Saxony dan Mecklenburg-Barat Pomerania pada bulan September depan.

"Langkah penubuhan itu dapat dilakukan selepas Februari", menurut sumber yang terdekat dengan kumpulan berkenaan.

Pembentukan parti politik tersebut menambahkan lagi kecelaruan terhadap lanskap politik Jerman yang dilihat semakin berpecah.

Sebelum ini, lanskap politik Jerman digegarkan dengan pembentukan parti politik berhaluan kanan iaitu 'Alternative for Deutschland' (AfD) 11 tahun lalu.

Penubuhan AfD telah berjaya memberi saingan serta memecahkan undi daripada parti-parti gergasi seperti SPD dan CDU.-REUTERS

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD