ANKARA, 21 Januari - Pemimpin Hamas yang menetap di Qatar, Ismail Haniyeh bakal mengadakan pertemuan dengan Menteri Luar Turkiye, menurut sumber diplomatik pada Ahad.
Pertemuan itu merupakan pertemuan rasmi kali pertama buat kedua-dua pemimpin selepas kali terakhir pada 16 Oktober 2023 melalui panggilan telefon.
"Menteri Luar Turkiye, Hakan Fidan bertemu Haniyeh pada Sabtu di Turkiye", tambah sumber tersebut.
Sumber itu mendedahkan pertemuan itu turut membincangkan isu bagi meningkatkan jumlah bantuan kemanusiaan dan penyelesaian dua negara bagi keamanan berpanjangan.
Sebelum ini, Turkiye pernah menjadi pengkalan politik buat para pemimpin utama Hamas sebelum serangan pada 7 Oktober.
Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan acapkali mengkritik dan mengecam serangan besar-besaran Israel terhadap Palestin yang mengakibat kemusnahan dan jumlah kematian yang tinggi di Gaza.
Erdogan turut menyamakan Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu dengan Adolf Hitler dan menuduh Amerika Syarikat menaja pembunuhan beramai-ramai rakyat Palestin.-AFP