fb fb fb fb fb

Dua maut dalam kebakaran bangunan di Afrika Selatan

FOTO www.timeslive.co.za

JOHANNESBURG, 21 Januari - Dua orang terkorban, manakala empat lagi cedera selepas kebakaran melanda sebuah bangunan kediaman di sini pada Ahad, kata salah seorang pegawai bandar berkenaan.

Pegawai tersebut turut berkata operasi menyelamat dan mencari masih dijalankan.

“Operasi kebakaran diteruskan di bangunan dua tingkat yang marak dengan api awal pagi ini,” kata Perkhidmatan Pengurusan Kecemasan Bandar Johannesburg dalam satu kenyataan.

Jurucakap itu turut memberitahu saluran televisyen, bahawa jumalah mangsa yang masih terperangkap dalam bangunan berkenaan tidak dapat dipastikan.

Tambah jurucakap berkenaan, siasatan berkaitan punca kebakaran akan dilakukan sebaik sahaja operasi pemadaman selesai.

Pada Ogos tahun lalu, lebih 70 orang maut selepas bangunan pangsapuri lima tingkat di Johannesburg musnah dijilat api.

Kejadian tersebut merupakan antara musibah terburuk yang berlaku di ibu negara Afrika Selatan yang merekodkan kadar kebakaran rumah dan kemiskinan yang tinggi.

Insiden tersebut turut mendedahkan krisis perumahan yang meruncing di bandar berkenaan menyaksikan beberapa bangunan di Johannesburg diduduki secara haram.-REUTERS

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD