fb fb fb fb fb

Trump umum rancangan turunkan harga ubat preskripsi di AS hingga 80%

Foto AFP

WASHINGTON, 12 Mei - Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengumumkan rancangan terbaharunya untuk mengurangkan harga ubat preskripsi di AS antara 30 hingga 80 peratus.

"Harga ubat akan meningkat di seluruh dunia bagi menyamakan kedudukan dan buat pertama kali dalam beberapa tahun, membawa "keadilan kepada Amerika!" kata Trump dalam satu hantaran di media sosial.

Beliau dijangka akan menandatangani satu perintah eksekutif bagi melaksanakan dasar baharu itu pada pukul 9.00 pagi (1300 GMT) Isnin.

Jelasnya, pengurangan harga ubat preskripsi di negara itu, akan diimbangi dengan peningkatan harga di negara-negara lain.

Status "negara paling dilayani" merupakan satu peraturan Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) yang bertujuan mengelakkan diskriminasi antara sesebuah negara dengan rakan dagangnya, sekali gus meratakan persaingan dalam perdagangan antarabangsa.

White House bagaimanapun tidak memberi sebarang kenyataan lanjut mengenai rancangan Trump itu.

Ini bukan kali pertama Trump berusaha untuk menurunkan harga ubat di AS.

Ketika penggal pertamanya antara tahun 2017 hingga 2021, beliau telah mengumumkan cadangan serupa bagi menurunkan harga ubat di AS tetapi rancangannya gagal akibat tentangan hebat daripada industri farmaseutikal.

Bulan lalu, presiden AS itu telah menandatangani satu perintah eksekutif yang bertujuan menurunkan harga ubat yang membebankan dengan memberikan lebih kebebasan kepada negeri-negeri bagi mencari tawaran lebih murah di luar negara dan memperbaiki proses rundingan harga. - AFP

TETITIA YUSOFF