fb fb fb fb fb

Trump tolak tawaran berdebat, dakwa diri sudah popular

FOTO AFP

WASHINGTON, 21 Ogos- Bekas presiden Amerika Syarikat, Donald Trump enggan menyertai debat presiden Republikan 2024 kerana mendakwa dirinya sudah cukup dikenali umum.

Sesi debat berkenaan dijadual berlangsung Rabu ini di Milwaukee, Wisconsin.

Jelas Trump, tiada keperluan untuk dirinya berhujah dengan pesaingnya dalam usaha menguasai semula Rumah Putih.

Malah, dia juga mempunyai prestasi cemerlang ketika menjawat jawatan tersebut, dan perkara itu cukup popular dalam kalangan rakyat Amerika.

Bekas presiden Amerika itu turut berkongsi, tinjauan dibuat CBS News, yang menunjukkan 62 peratus responden memilih dirinya, walaupun berdepan empat pertuduhan mahkamah tahun ini.

Antara pertuduhan tersebut adalah cubaan merancang membatalkan pilihan raya 2020 dan kekal berkuasa meskipun tewas kepada Joe Biden.

Dalam tinjauan sama, pesaing terdekat Trump, iaitu Gabenor Florida, Ron DeSantis memperoleh sokongan sebanyak 16 peratus.- REUTERS


(FOTO AFP)

Media Baharu