fb fb fb fb fb

Kebakaran paip minyak Zubair ragut dua nyawa di Iraq

Foto REUTERS

BASRA, 26 Oktober – Sekurang-kurangnya dua pekerja maut manakala lima lagi cedera parah dalam kebakaran paip minyak di lapangan minyak Zubair, Iraq, pada Ahad, menurut pegawai lapangan minyak.

Asap tebal dilaporkan kelihatan menjulang tinggi ke udara ketika kejadian berlaku di kawasan operasi tersebut.

Menurut pegawai berkenaan, kebakaran itu tidak menjejaskan aliran pengeluaran minyak yang kini berada pada paras 400,000 tong sehari.

Kebakaran dipercayai tercetus ketika sekumpulan pekerja sedang menjalankan kerja kimpalan berhampiran paip minyak berkenaan.

Pasukan bomba segera digerakkan ke lokasi untuk memadamkan kebakaran yang berlaku pada saluran paip menyalurkan minyak mentah dari lapangan Zubair ke tangki simpanan berhampiran.

Beberapa pekerja dilaporkan mengalami lecur teruk dan kini dalam keadaan kritikal, menimbulkan kebimbangan bahawa angka korban mungkin meningkat.

Bagaimanapun, pihak berkuasa memaklumkan operasi pengeluaran masih berjalan seperti biasa, namun kebakaran perlu dipadamkan segera bagi mengelakkan gangguan terhadap sebahagian aktiviti pemunggahan. -REUTERS

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN