fb fb fb fb fb

Puluhan artifak dan Muzium musnah akibat kebakaran hutan di Maui.

(FOTO www.nytimes.com)

LAIHANA, 21 Ogos- Sekurang-kurangnya empat buah muzium musnah manakala puluhan artifak bernilai dikhuatiri hilang dalam kebakaran di Maui baru-baru ini kata Pertubuhan Pemeliharaan Laihana.

Antara artifak bernilai yang hilang ialah bendera asal kerajaan Hawaii yang kali terakhir berkibar pada 12 Ogos 1898 sebelum digantikan dengan bendera Amerika Syarikat.

Selain itu, artifak yang turut dilaporkan hilang ialah karya yang dibuat menggunakan 'bulu Hawaii', perabot dan objek yang diperbuat daripada 'Kapa' sejenis kain yang diproses daripada pokok renek.

Pertubuhan itu turut melaporkan beberapa kemusnahan dan kerosakan terhadap beberapa buah muzium sejarah seperti Muzium & Rumah Masak Wo Hing, sebuah dewan sosial untuk pendatang Cina yang mempunyai terowong dan sistem pengairan tersendiri selain penjara Laihana lama, yang merupakan penjara tertua di pulau berkenaan.

Kebakaran hutan di Maui menyebabkan Lebih 2,200 bangunan telah rosak atau musnah di Lahaina yang mengakibatkan ribuan penduduk kehilangan tempat tinggal dan dianggarkan menelan kerugian sejumlah AS$5.5 bilion.-archaeology.org


(Muzium Alexander & Baldwin yang dilaporkan turut musnah dalam kebakaran di Maui
/FOTO www.thisweekhawaii.com)

Media Baharu