fb fb fb fb fb

Pilihan raya Presiden Ecuador, Luisa Gonzales mendahului

FOTO AFP

QUITO, 21 Ogos- Luisa Gonzalez mendahului undian pusingan pertama bagi pilihan raya presiden Ecuador, sekali gus meninggalkan lima lagi pesaingnya.

Menurut Majlis Pilihan Raya Kebangsaan, Gonzalez, berjaya meraih 33 peratus undian selepas hampir 40 kotak undi dikira, setakat 8.30 malam waktu tempatan.

Lapan calon bertanding merebut jawatan tertinggi negara itu pada pilihan raya awal.

Namun, dua orang calon yang bertanding, Fernando Villavicencio dan Pedro Briones dibunuh dalam tempoh berkempen.

Gonzalez ketika berucap dihadapan penyokong, berkata sokongan diterima itu mencipta sejarah kerana ia adalah pertama kali, calon wanita mendapat undian tertinggi sekali gus memberi harapan kepada rakyat republik tersebut.

Sebanyak 13 juta rakyat Ecuador selesai mengundi petang semalam, sebelum pusat mengundi ditutup untuk proses kiraan dilakukan.

Pusingan kedua akan diadakan pada 15 Oktober.- AFP


(FOTO AFP)

Media Baharu